KUALA LUMPUR: PAS menolak Muktamar Tahunan kali ke-61 yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini menjadi penentu kepada PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.
Ini kerana menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, tidak ada seorangpun pimpinan tertinggi PAS yang mempunyai pendirian mahu membawa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat.
"Saya bagi jaminan tidak ada seorang pemimpin tertinggi PAS hendak keluar Pakatan Rakyat. Sesiapa yang menang dalam pemilihan nanti tidak mungkin akan keluarkan PAS daripada Pakatan Rakyat," katanya.
Tegasnya, spekulasi mengatakan kedudukan Pakatan Rakyat nanti bergantung kepada Muktamar PAS adalah tidak betul.
Bahkan katanya, Muktamar PAS sendiri tidak mungkin akan mengambil keputusan keluar Pakatan Rakyat kerana tidak ada sebarang usul yang mahu parti Islam itu keluar daripada pakatan.
Bukan itu sahaja, beliau juga difahamkan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam muktamar nanti juga tidak menyentuh soal berkenaan.
"Tidak ada ruang disebut keluar Pakatan Rakyat, jadi perkara ini tidak mungkin dibincangkan dalam muktamar nanti," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Malah katanya, PAS tidak semudah untuk keluar daripada Pakatan Rakyat walaupun ada usul tergempar kerana tahaluf siyasi ada syaratnya.
"Hendak keluarpun mesti ada sebab musabab tidak boleh buat keputusan spontan. Dan ianya tidak mungkin berlaku. PAS hendak memutuskan kerjasama bukan sesuatu yang mudah," katanya.
Tegas Mustafa, satu-satu parti tidak boleh mengeluarkan parti lain daripada Pakatan Rakyat melainkan parti itu tidak selesa dan ia boleh menarik diri daripada pakatan.
"Misalnya pada tahun 2001, DAP tidak berpuas hati dengan PAS kerana konsep Negara Islam dan dia minta kita kuburkan prinsip dan asas perjuangan, kita kata tidak boleh. Sebab itu PAS tidak akan tinggal prinsip
Beliau turut menafikan wujudnya kumpulan-kumpulan di dalam PAS yang pro-Patakan Rakyat dan anti Pakatan Rakyat.
"Pemilihan dua tahun sekali, macam biasa. Oleh kerana zaman media sosial banyak peranan dimanfaatkan baik buruknya. Jadi pemilihan kali ini hangat sedikit, saya akui," katanya. - HARAKAHDAILY 1/6/2015
BSS - Buletin Sana & Sini
Monday, 1 June 2015
Sunday, 31 May 2015
PAS hormati dasar semua parti Pakatan Rakyat
TEMERLOH: PAS menghormati dasar semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan pada masa yang sama tidak pernah mengkritik dasar yang dianggap tidak dipersetujui parti itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya parti itu mempunyai terlalu banyak isu yang disepakati bersama seperti menentang rasuah, menuntut keadilan, membela nasib semua kaum dan pelbagai isu rakyat.
“Jadi saya nampak pemimpin-pemimpin PR boleh duduk semeja berbincang isu-isu besar cuma kadang-kadang ulasan media baru terutamanya berlebih-lebihan sehingga menutup kebersamaan kita,” katanya.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Pahang kali pertama bangunan PAS negeri, di sini pagi ini.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Md Jusoh Darus, Bendahari negeri Musaniff Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS Pahang Hazmi Dibok, Pengerusi DHPP Pusat dan negeri Pahang N. Balasubramaniam, Ketua Pemuda DHPP Balendran serta 50 ahli.
Tuan Ibrahim dalam ucapannya sebelum itu menceritakan sejarah perjuangan PAS sejak 1951.
Mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang banyak dikritik oleh kawan dan lawan, Tuan Ibrahim berkata ia telah digubal di Dewan Kelantan sebelum wujud PR lagi iaitu pada tahun 1993.
“PAS telah 25 tahun memerintah Kelantan dan pelaksanaan hukum tersebut merupakan janji dan komitmen PAS jadi diharap tidak ada yang mempertikaikannya,” tegasnya.
Dalam majlis yang sama Tuan Ibrahim mewakili PAS Pahang turut menyumbangkan wang berjumlah RM5,000 kepada Balasubramaniam yang mewakili DHPP untuk tujuan melaksanakan gerak kerja.
Sementara itu dalam mesyuarat berkenaan turut memilih 10 orang ahli jawatankuasa bagi mewakili negeri ke Mesyuarat Agung DHPP Pusat pada 26 Julai akan datang. - HARAKAHDAILY 31/5/2015

Lagi Tembelang BN Terbarai..
Lagi Tembelang BN Terbarai. Bekas calon DAP di kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini mengatakan meskipun sudah setahun Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu berlalu, janji manifesto Barisan Nasional (BN) masih belum tertunai.
"Penduduk dan pengundi Teluk Intan semestinya ingin mengetahui apakah status terbaru berkenaan pelbagai pelan pembangunan dan penambahbaikan yang dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Antara manifesto BN yang dibangkitkannya adalah zon wifi dan penambahbaikan kemudahan jalur lebar. Dyana berkata, walaupun Teluk Intan disenaraikan di dalam laman TMNet sebagai zon Unifi, tinjauan mendapati perkhidmatan tersebut masih belum wujud di dalam kawasan Teluk Intan.
"Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata untuk tujuan itu, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan infrastruktur asas jalur lebar di kawasan terlibat.
Lagi Tembelang BN Terbarai
"Adakah penyediaan infrastruktur tersebut sudah dimulakan dan apakah usaha yang sudah dilakukan untuk menepati janji ini?" katanya.
Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu turut membangkitkan berkenaan pembinaan sebuah universiti atau institusi pengajian tinggi terkemuka.
"Sehingga kini, lot tanah yang dikenalpasti untuk pembinaan sebuah universiti masih belum digazetkan dan masih lagi di bawah nama sebuah syarikat tersenarai awam," katanya.
Beliau berkata, pelan terperinci pembangunan universiti juga masih belum diketahui.
"Sebelum ini, penekanan ke arah pendidikan melalui manifesto tersebut dikatakan bakal mengubah wajah bandar Teluk Intan.
"Namun sampai sekarang, semua penduduk Teluk Intan masih menunggu untuk mendengar pelan terperinci dan apakah manfaat kemajuan dan pembagunan yang bakal dibawa," katanya.
Dyana turut membangkitkan percanggahan manifesto BN yang memenangi PRK tersebut untuk menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian moden.
"Jawapan daripada kerajaan negeri pada Disember 2014 menyatakan tiada cadangan menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian moden dan sekaligus menidakkan janji yang dibuat oleh calon BN yang kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
"Jadi, bagaimanakah Teluk Intan boleh dijadikan hab pertanian moden seperti yang dijanjikan?" soalnya.
Dyana juga membangkitkan berkenaan Rancangan Tebatan Banjir Teluk Intan, yang mana anggaran kos yang diperlukan adalah sebanyak RM360 juta.
"Walaupun RM30 juta diluluskan untuk memulakan projek tebatan banjir tersebut, apakah garis masa bagi projek keseluruhannya dan bilakah baki peruntukan RM330 juta akan diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran?" soalnya.
Beliau juga masih menantikan manifesto yang dibentangkan ketika PRM untuk menjanjikan Menara Jam Condong sebagai tapak Warisan Dunia Unesco.
"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Februari yang lepas mengisytiharkan Menara Condong sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan, sebagai usaha menarik perhatian antarabangsa agar dapat menjadi tapak Warisan Dunia Unesco.
"Bagaimanapun, ini bukanlah perkara baru kerana pada Mei 2012, Tan Seri Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pernah mengisytiharkan Menara Condong sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan, dua tahun sebelum PRK Teluk Intan.
"Adakah pengisytiharan kali kedua itu hanya untuk memperdayakan pengundi?" katanya.
Dyana tewas kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong dalam PRK tersebut.
"Saya berharap supaya manifesto itu bukan hanya janji tinggal janji dan menggesa agar ia dikotakan oleh Ahli Parlimen Teluk Intan, yang juga merupakan seorang menteri kanan kerajaan BN."
Saturday, 30 May 2015
(Advertorial) - Miliki Kulit Anjal, Kesihatan Yang Baik
Natural Collagen Plus ( Harga Jual - RM180.00 / Harga Ahli - RM100.00 )
Melaraskan berat badan, menstabilkan hormon, membantu mencegah kanser, memelihara kelenjar tiroid, mengurangkan selulit, memberi tenaga, memberikan rasa kenyang, menguatkan sistem abdomen, anti penuaan, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan sakit sendi.
Collagen adalah antara makanan/minuman tambahan yang sedang hangat dipasarkan. Jenis collagen yang dikeluarkan ialah dari sisik ikan talapia merah atau nama saintifiknya (Oreochromis niloticus).
Collagen dari ikan talapia merah merupakan tahan lasak selain isipadu selnya yang tinggi dapat membantu membentu dan membaiki collagen badan terutama bahagian sendi, kulit, tulang dan juga bahagian badan yang lain.
Collagen dicampurkan dengan 8 sumber makanan/minuman terdiri juga dari makanan sunnah untuk meningkatkan lagi khasiat dan keberkesanan produk. Antara bahan-bahan yang dicampur ialah buah aprikot, buah delima, habbattus sauda’, kismis, badam, madu, buah tin, buah epal
Madu Asli
Sumber tenaga segera
Mengubati luka
Meningkatkan antibodi
Meningkatkan hormon dan kesuburan seksual
Sumber utaman vitamin & mineral
Kurma
Memberikan tenaga segera
Penguat memori
Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Penawar racun
Mengubati gangguan usus & sembelit
Delima
Menghalang pembentukan sel kanser
Mencantikkan kulit
Baik untuk pesakit tekanan darah tinggi
Baik untuk sistem penghadaman
Menguatkan rahim
Habbatus Sauda
Menurunkan kadar gula dalam darah
Mengubati keputihan
Meningkatkan stamina badan
Meningkatkan hormon & kesuburan seksual
Anti alergi & bakteria
Kismis
Menguatkan daya ingatan
Mengubati penyakit lupa
Mencerdaskan minda
Membuang balgham (lendir dalam rongga hidung)
Membersihkan hati
Mencerahkan mata
Buah Tin
Menguatkan daya ingatan
Mengubati penyakit lupa
Mencerdaskan minda
Membuang balgham (lendir dalam rongga hidung)
Membersihkan hati
Mencerahkan mata
Badam
Cegah osteoporosis
engurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung
Kurangkan risiko kanser serviks
Menghalang obesiti
Cepatkan tahap intelektual
Meredakan diabetes
Membantu menghalang batu karang
Baik untuk kesihatan kulit
Biji Buah Aprikot
Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser
Mampu merawat penyakit kronik yang lain
Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam darah
Mengimbangkan kandungan gula dalam darah
Meningkatkan kesihatan mental & memori
Membersihkan Arteri
Mengurangkan masalah sakit sendi
Anti penuaan
Epal Hijau
Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah
Mengurangkan risiko penyakit jantung
Membantu kesihatan membran paru-paru
Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
Membantu mengawal berat badan
Mengurangkan tekanan penyakit asma
Mengurangkan risiko barah

Subscribe to:
Comments (Atom)
Iklan Teks ( E )
Pengedar Produk Sunnah diperlukan Natural Collagen Plus dan Madu Sunnah - http://kedaidrsunnah.blogspot.com/ - 0139299944